Wednesday, December 30, 2009

Mesyuarat Kewangan - Guru-guru Kelas dan PTKew

Satu mesyuarat kewangan antara guru-guru kelas dan PTKew telah diadakan pada jam 11:00 pagi bagi melicinkan perjalanan kutipan bayaran tambahan persekolahan tahun 2010. Guru Besar telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. PTKew telah memberikan taklimat terperinci tatacara kewangan serta mengedarkan AP 69 dan borang-borang berkaitan kepada semua guru yang hadir. Dalam sesi Q&A guru-guru telah memberikan respon yang baik dan dijangka akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan berkesan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:30 tengahari.

No comments:

Post a Comment